Samsung MG23H3115GK User manual

Category
Microwaves
Type
User manual
Ketuhar Gelombang Mikro
Panduan Pemilik & Panduan Memasak
MG23H3115G*
bayangkan kemungkinannya
Terima kasih kerana membeli produk Samsung ini.
Harap maklum bahawa jaminan Samsung tidak merangkumi khidmat panggilan
untuk menerangkan operasi produk, membetulkan pemasangan yang tidak betul,
atau melakukan pembersihan atau penyenggaraan biasa.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 1 2019-09-10  2:34:24
kandungan
Arahan keselamatan ...................................................................................................... 3
Pemasangan ....................................................................................................................9
Aksesori .................................................................................................................................... 9
Tapak pemasangan ............................................................................................................... 9
Pinggan putar ......................................................................................................................... 9
Penyelenggaraan ........................................................................................................ 10
Pembersihan .........................................................................................................................10
Penggantian (pembaikan) ................................................................................................11
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan .......................................11
Ciri-ciri ketuhar ........................................................................................................... 11
Ketuhar ...................................................................................................................................11
Panel kawalan ......................................................................................................................12
Penggunaan ketuhar .................................................................................................. 12
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi ................................................... 12
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul ...........13
Menetapkan masa ...............................................................................................................13
Memasak/memanas semula ............................................................................................14
Aras kuasa .............................................................................................................................14
Melaraskan masa memasak ............................................................................................14
Menghentikan proses memasak ....................................................................................15
Menetapkan mod penjimatan tenaga .........................................................................15
Panduan memasak menggunakan kukus tulen .......................................................17
Menggunakan ciri memasak sihat ................................................................................19
Menggunakan ciri mencair beku kuasa automatik ................................................21
Menggunakan ciri pinggan saya ...................................................................................22
Memilih aksesori .................................................................................................................22
Menggril .................................................................................................................................23
Menggabungkan gelombang mikro dan gril ............................................................23
Menggunakan ciri-ciri deodorisation (penyahbauan) ...........................................24
Mematikan pembunyi bip ................................................................................................24
Mengunci ketuhar gelombang mikro anda untuk keselamatan ........................24
Panduan perkakas memasak .................................................................................... 25
Panduan memasak ...................................................................................................... 26
Penyelesaian masalah dan kod maklumat ............................................................ 33
Penyelesaian masalah .......................................................................................................33
Kod maklumat ......................................................................................................................36
Spesikasi teknikal ..................................................................................................... 37
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 2 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 3
01 ARAHAN KESELAMATAN
arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN
PADA MASA HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar
tidak boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki
oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang
tidak cekap menjalankan sebarang servis atau operasi
pembaikan yang melibatkan kerja menanggalkan
penutup yang memberi perlindungan daripada
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh
dipanaskan di dalam bekas yang di kedap kerana ia
boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan
ketuhar tanpa penyeliaan apabila arahan yang
mencukupi telah diberikan supaya kanak-kanak
tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara
yang selamat dan memahami bahaya penggunaan
yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah
sahaja dan ia tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai,
pejabat dan persekitaran bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran
penginapan yang lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik
atau kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan
kemungkinan pencetusan bunga api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak
dibenarkan semasa memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk
pemanasan makanan dan minuman. Pengeringan
makanan atau pakaian dan pemanasan pad
penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang
seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko
kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 3 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 4
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat
dan pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan
api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang
mikro boleh mengakibatkan pendidihan meluap
tertunda, oleh itu pastikan anda berhati-hati apabila
memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang
makanan bayi harus dikacau atau di goncang dan
suhunya diperiksa sebelum makanan dimakan, bagi
mengelakkan luka terbakar.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro oleh
kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan
gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan
yang bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada
permukaannya yang boleh memendekkan hayat
peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk
digunakan di atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar
gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas
kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan
pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam
kenderaan jalan raya, karavan, dan kenderaan-
kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan
zikal, sensori atau mental yang kurang, atau
tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan
tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka
tidak bermain dengan alat ini.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 4 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 5
01 ARAHAN KESELAMATAN
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia
8 tahun ke atas dan orang-orang yang kekurangan
keupayaan zikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh
pengilang, ejen perkhidmatannya atau orang-orang
yang sama berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan
ketinggian yang betul yang membenarkan capaian
mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali
pertama, ketuhar harus dikendalikan bersama air
selama 10 minit dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising,
bau terbakar atau mengeluarkan asap , cabut
palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat
yang sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
FUNGSI KETUHAR SAHAJA  PILIHAN
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod
kombinasi, kanak-kanak hanya boleh menggunakan
ketuhar di bawah penyeliaan orang dewasa kerana
suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-
hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas
di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai
akan menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak
kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau
pengerik logam yang tajam untuk membersihkan
kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan
permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 5 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 6
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum
menggantikan lampu bagi mengelakkan kemungkinan
kejutan elektrik.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau
pengerik logam yang tajam untuk membersihkan
kaca pintu ketuhar kerana ia boleh mencalarkan
permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai
menjadi panas semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen
pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun
seharusnya dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia
8 tahun ke atas dan orang-orang yang kekurangan
keupayaan zikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan
pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas
semasa alat sedang beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa
alat sedang beroperasi.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan
dengan menggunakan pemasa luaran atau sistem
kawalan jauh berasingan.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia
8 tahun ke atas dan orang-orang yang kekurangan
keupayaan zikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat
dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya
melakukan pembersihan dan penyenggaraan
pengguna melainkan mereka berusia daripada 8
tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-
kanak berusia kurang daripada 8 tahun.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 6 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 7
01 ARAHAN KESELAMATAN
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan
berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk
fungsi gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih
tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah
terbakar; lokasi yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada
cahaya matahari secara terus atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau
permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan
antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada
terminal palam kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord
kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera.
Jangan sentuh kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord
kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar,
tanggalkan kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan
penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di
antara objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket
dinding yang longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi
pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan
ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana
wap alkohol boleh mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati
apabila memanaskan makanan atau minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila
membuka/menutup pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila
memegang bekas. Biarkan minuman berada di dalam ketuhar sekurang-
kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau semasa
dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau
rak di dalam air sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan
minyak yang banyak kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh
menyebabkan minyak yang panas itu mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan
bekas logam, pinggan mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau
perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi
mengelakkan pemanasan berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 7 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 8
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya
selepas ia diperbaik oleh juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak
boleh melengkung; selak tidak boleh pecah atau longgar;
pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau
memperbaiki kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori
disebabkan oleh pelanggan. Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik,
tercalar, atau pecah.
Dulang, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak
atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang
diterangkan di dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan
di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua keadaan dan situasi
yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri
ketuhar gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang
diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda amaran boleh
digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi
pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan
maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya
bertujuan untuk kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa
jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian. Pengilang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan
ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi
berbahaya, sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan
baik.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau
telur yang direbus keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap
vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas.
Ini ialah punca kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan
dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat
dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk
mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya
untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan
meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap
gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat
Memasang ketuhar gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket
berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar
gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang
memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik
kunci salingan keselamatan (selak pintu). Jangan selit apa-apa
ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar
dengan muka depan atau membiarkan sisa makanan atau
bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan
pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan
mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian dengan kain
kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 8 2019-09-10  2:34:24
Bahasa Melayu - 9
02 PEMASANGAN
pemasangan
AKSESORI
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa
aksesori yang boleh digunakan dengan pelbagai cara.
1. Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-tengah
ketuhar.
Tujuan: Gelang roda menyokong pinggan putar.
2. Pinggan putar, perlu diletakkan pada gelang roda
dengan bahagian tengahnya terpasang pada
pengganding.
Tujuan: Pinggan putar berfungsi sebagai
permukaan memasak utama; ia boleh
dikeluarkan dengan mudah untuk
dibersihkan.
3. Rak gril, perlu diletakkan di atas pinggan putar .
Tujuan: Rak-rak logam boleh digunakan dalam gril
dan proses memasak kombinasi.
4 Pemasak kukus, lihat halaman 18 hingga 19.
(Model MG23H3115G*)
Tujuan: Pemasak kukus plastik apabila
menggunakan fungsi kukus Tulen.
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang roda dan
pinggan putar.
JANGAN kendalikan mod GRILL GRIL dan COMBI KOMBI dengan
pemasak kukus.
Mod Operasi MW GRIL KOMBI
(Pemasak kukus)
O X X
TAPAK PEMASANGAN
Pilih permukaan rata, mendatar sekitar
85 sm atas lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
Bilik yang selamat untuk pengudaraan,
sekurang-kurangnya 10 sm daripada
dinding belakang dan kedua-dua tepi, dan
20 sm daripada atas.
Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar ini. Hanya gunakan kabel
sambungan jika anda perlu menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan pengadang pintu dengan kain yang lembap
sebelum menggunakan ketuhar anda buat pertama kali.
PINGGAN PUTAR
Buang semua bahan pembungkusan dari
bahagian dalam ketuhar. Pasang gelang
pengguling dan pinggan putar. Periksa bagi
memastikan pinggan putar berputar dengan
bebas.
10 SM DI
BELAKANG
20 SM
DI ATAS
10 SM
DI TEPI
85 SM DARI
LANTAI
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 9 2019-09-10  2:34:25
Bahasa Melayu - 10
penyelenggaraan
PEMBERSIHAN
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada
terkumpul pada atau di dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus
pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar serta gelang roda (model
berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika
pengadang pintu telah mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam
air sabun untuk membersihkan kedua-dua bahagian dalam dan luar ketuhar.
Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada
bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan
di tengah pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian,
buka pintu dan bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam
model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan
atas sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan.
Ini akan membantu membersihkan kawasan
atas. Apabila selesai, letakkan semula elemen
pemanasan atas.
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka
dan tertutup dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam
pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut
untuk membersihkan ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk
menyejuk.
MEMASANG KETUHAR GELOMBANG MIKRO ANDA
1. Buang semua bahan pembungkusan dari
bahagian dalam ketuhar.
Pasang gelang pengguling dan pinggan
putar.
Periksa bagi memastikan pinggan putar
berputar dengan bebas.
2. Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Jika kord bekalan kuasa telah rosak, ia harus digantikan dengan kord
atau pemasangan khas yang boleh didapati daripada pembuat atau ejen
servisnya.
Untuk keselamatan peribadi anda, palamkan kabel ke dalam soket
terbumi AC 3 pin, 230 Volt, 50 Hz. Jika kabel kuasa alat ini rosak, ia
mesti digantikan dengan kabel khas.
Jangan pasang ketuhar gelombang mikro dalam persekitaran yang
panas atau lembap seperti di sebelah ketuhar tradisional atau penyinar.
Spesikasi bekalan kuasa ketuhar mestilah dipatuhi dan sebarang kabel
sambungan yang digunakan mestilah menggunakan piawai yang sama
dengan kabel kuasa yang dibekalkan bersama ketuhar. Lap bahagian
dalam dan kedap pintu dengan kain yang lembap sebelum menggunakan
ketuhar gelombang mikro anda buat pertama kali.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 10 2019-09-10  2:34:25
Bahasa Melayu - 11
03 PENYELENGGARAAN & CIRI-CIRI KETUHAR
PENGGANTIAN PEMBAIKAN
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan
cuba untuk menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengedapan, dan/atau
pintu, hubungi juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung
setempat untuk mendapatkan bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat
perkhidmatan Samsung setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut
palam kod kuasa daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat
perkhidmatan Samsung setempat.
PENJAGAAN TERHADAP TEMPOH PANJANG TIDAK
DIGUNAKAN
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut
palam daripada kod kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering,
bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina di dalam ketuhar mungkin
menjejaskan prestasi ketuhar.
ciri-ciri ketuhar
KETUHAR
1. PEMEGANG PINTU
2. LUBANG PENGALIHAN UDARA
3. GRIL
4. PEMEGANG MANGKUK AIR
5. LIGHT
6. PAPARAN
7. SELAK PINTU
8. PINTU
9. PINGGAN PUTAR
10. PENGGANDING
11. GELANG RODA
12. LUBANG SALING KUNCI
KESELAMATAN
13. PANEL KAWALAN
10 119
1 2 3 4 5
8 12
7
13
6
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 11 2019-09-10  2:34:25
Bahasa Melayu - 12
penggunaan ketuhar
BAGAIMANA KETUHAR GELOMBANG MIKRO BERFUNGSI
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga
yang dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa
mengubah bentuk atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku (manual & auto)
Memasak
Memanas semula
Prinsip Memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron diagihkan
dengan seragam apabila makanan berputar di atas
piring putar. Dengan itu, makanan dimasak sama
rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses memasak
berterusan apabila haba dilesapkan di dalam
makanan.
3. Masa-masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
Kuantiti dan ketumpatan
Kandungan air
Suhu awal (disejukkan atau tidak)
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba,
proses memasak masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan
makanan dari ketuhar. Masa biar yang ditentukan dalam resipi dan dalam
buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
PANEL KAWALAN
1. PAPARAN
2. BUTANG HEALTHY STEAM
(KUKUS SIHAT)
3. BUTANG POWER DEFROST (CAIR
BEKU KUASA)
4. BUTANG MICROWAVE
(GELOMBANG MIKRO)
5. BUTANG GRILL (GRIL)
6. TOMBOL DAIL(BERAT/HIDANGAN/
MASA/PILIH)
7. BUTANG STOP/ECO (BERHENTI/
EKO)
8. BUTANG HEALTHY COOKING
(MEMASAK SIHAT)
9. BUTANG MY PLATE (PINGGAN
SAYA)
10. BUTANG COMBI (KOMBI)
11. BUTANG DEODORIZATION
(PENYAHBAUAN)
12. BUTANG KUNCI KANAK-KANAK
13. BUTANG START/+30S
(MULA/+30S)
6
4
3
1
5
7
9
8
10
11
12
13
2
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 12 2019-09-10  2:34:25
Bahasa Melayu - 13
04 PENGGUNAAN KETUHAR
MENETAPKAN MASA
Ketuhar gelombang mikro anda mempunyai jam terbina dalam. Apabila ada
bekalan elektrik, ":0", "88:88" atau "12:00" dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 12 jam atau 24 jam.
Anda mestilah menetapkan jam:
Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
Selepas bekalan elektrik terputus
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu
musim panas kepada waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1. Tekan Tombol Dail.
Untuk memaparkan masa dalam...
notasi 24 jam.
notasi 12 jam.
2. Putar Tombol Dail untuk menetapkan jenis paparan
masa. (24H atau 12H). Pada ketika itu, tekan Tombol
Dail untuk memilih jenis masa.
3. Putar Tombol Dail untuk menetapkan jam. Pada
ketika itu, tekan Tombol Dail untuk menetapkan jam.
4. Putar Tombol Dail untuk menetapkan minit.
5. Tekan Tombol Dail untuk melengkapkan persediaan.
MEMERIKSA BAGI MEMASTIKAN KETUHAR ANDA
BEROPERASI DENGAN BETUL
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi
memastikan ketuhar anda sentiasa berfungsi dengan betul.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah kanan pintu.
Letakkan segelas air di atas piring putar. Kemudian, tutup pintu ketuhar.
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Hasil: Penunjuk 800W (kuasa memasak
maksimum) dipaparkan
2. Selepas menekan Tombol Dail (800 W), tetapkan
masa 4 hingga 5 minit dengan memutar Tombol Dail
dan menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar.
1) Proses memasak bermula dan apabila
ia selesai ketuhar akan berbunyi bip 4
kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai.
Pinggan putar mestilah berada di kedudukannya di dalam ketuhar.
Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum digunakan, air akan
mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 13 2019-09-10  2:34:26
Bahasa Melayu - 14
MEMASAK/MEMANAS SEMULA
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula
makanan.
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar
tanpa dijaga.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Kemudian,
tutup pintu ketuhar.
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Hasil: Penunjuk 800 W (kuasa memasak
maksimum) dipaparkan:
2. Putar Tombol Dail ke kedudukan yang diingini
sehingga aras kuasa yang bersesuaian dipaparkan.
Pada ketika itu, tekan Tombol Dail untuk
menetapkan aras kuasa.
3. Tetapkan masa memasak dengan memutar Tombol
Dail.
Hasil: Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (Mula/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar.
1) Proses memasak bermula dan apabila
ia selesai ketuhar akan berbunyi bip 4
kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Jangan sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Jika anda mahu memanaskan satu hidangan untuk jangka masa yang
singkat pada kuasa maksimum (800 W), tekan sahaja butang START/+30s
(MULA/+30s) sekali untuk setiap 30 saat masa memasak. Ketuhar akan
bermula dengan serta-merta.
ARAS KUASA
Anda boleh memilih antara aras kuasa yang di bawah.
Aras kuasa
Output
MWO GRIL
TINGGI 800W -
TINGGI SEDERHANA 600W -
SEDERHANA 450W -
RENDAH SEDERHANA 300W -
MENCAIR BEKU 180W -
RENDAH/KEKAL PANAS 100W -
GRIL - 1100W
GABUNGAN I 600W 1100W
GABUNGAN II 450W 1100W
GABUNGAN III 300W 1100W
Jika anda memilih aras kuasa yang lebih tinggi, masa memasak mestilah
dikurangkan.
Jika anda memilih aras kuasa yang lebih rendah, masa memasak mestilah
ditambah.
MELARASKAN MASA MEMASAK
Anda boleh menambah masa memasak dengan
menekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali untuk
setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
Anda juga boleh meningkatkan masa memasak dengan
memutar Tombol Dail sekali untuk setiap 10 saat yang
hendak ditambahkan.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 14 2019-09-10  2:34:26
Bahasa Melayu - 15
04 PENGGUNAAN KETUHAR
MENGGUNAKAN CIRI KUKUS SIHAT
Ciri Healthy Steam (Kukus Sihat) mempunyai 16 masa memasak yang
dipraprogram.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa.
Anda boleh melaraskan saiz hidangan item dengan memutar Tombol Dail.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup
pintu ketuhar.
1. Tekan butang Healthy Steam (Kukus Sihat).
2. Pilih kategori yang anda mahu memasak dengan
memutar Tombol Dail.
Pada ketika itu, tekan Tombol Dail.
Rujuk jadual di laman berikutnya untuk keterangan
pelbagai tetapan yang dipraprogram
3. Pilih berat makanan dengan memutar Tombol Dail.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Proses memasak bermula. Apabila ia
selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
MENGHENTIKAN PROSES MEMASAK
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa untuk
memeriksa makanan.
1. Untuk berhenti sementara;
1)
Buka pintu ketuhar.
Hasil: Proses memasak berhenti. Untuk
meneruskan proses memasak, tutup pintu
ketuhar sekali lagi dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) sekali lagi.
2)
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil:
Proses memasak berhenti. Untuk
meneruskan proses memasak, tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) sekali lagi.
2. Untuk berhenti sepenuhnya; Tekan butang STOP/ECO
(BERHENTI/EKO).
Hasil:
Proses memasak berhenti. Jika anda mahu
membatalkan tetapan memasak, tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Anda juga boleh membatalkan sebarang tetapan sebelum bermula
dengan hanya menekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
MENETAPKAN MOD PENJIMATAN TENAGA
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga. Kemudahan ini menjimatkan
elektrik apabila ketuhar tidak digunakan. Keadaan normal ialah mod tunggu
sedia dan menunjukkan jam apabila tidak digunakan.
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil: Paparan dipadamkan.
Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka pintu
dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) dan
kemudian paparan menunjukkan waktu semasa.
Ketuhar sedia untuk digunakan.
Fungsi jimat tenaga autoJika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat
berada di tengah-tengah tetapan atau beroperasi dengan keadaan berhenti
sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 15 2019-09-10  2:34:27
Bahasa Melayu - 16
Jadual berikut menunjukkan program kukus sihat, kuantiti dan arahan yang
sesuai.
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Pengesyoran
1
Floret Brokoli
200 g
400 g
Basuh dan bersihkan brokoli segar dan
sediakan oret. Tambah 150ml air ke dalam
mangkuk kukus tulen. Letakkan brokoli di atas
dulang sisip dan letakkan di dalam mangkuk
kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
2
Lobak Merah
yang Dihiris
200 g
400 g
Bilas dan bersihkan lobak merah. Tambah
150ml air ke dalam mangkuk kukus tulen.
Letakkan lobak merah di atas dulang sisip dan
letakkan di dalam mangkuk kukus tulen. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan
selama 2-3 minit.
3
Floret Kubis
Bunga
300 g
500 g
Basuh dan bersihkan kubis bunga segar dan
sediakan oret. Tambah 150ml air ke dalam
mangkuk kukus tulen. Letakkan kubis bunga
di atas dulang sisip dan letakkan di dalam
mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
4
Sayur-sayuran
berdaun hijau
200 g
400 g
Tambah 150ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Bilas sayur-sayuran berdaun hijau.
Letakkannya di atas dulang sisip dan letakkan
di dalam pengukus kaca. Tutup dengan
penutup. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
5
Labu
300 g
600 g
Bilas dan hiris labu kepada 8 bahagian yang
sama. Tambah 150ml air ke dalam mangkuk
kukus tulen. Letakkan labu di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam mangkuk kukus tulen.
Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Pengesyoran
6
Kentang yang
Dikupas
250 g
500 g
Basuh dan kupas kentang dan potong kepada
saiz yang serupa. Tambah 150ml air ke dalam
mangkuk kukus tulen. Letakkan kentang
di atas dulang sisip dan letakkan di dalam
mangkuk kukus tulen. Tutup dengan penutup.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
7
Beras Putih
200 g Letakkan beras putih ke dalam mangkuk kukus
tulen. Tambahkan 400 ml air sejuk. Tutup
dengan penutup. Selepas memasak, biarkan
selama 5 minit.
8
Beras Ceruh
200 g Letakkan beras ceruh ke dalam mangkuk
kukus tulen. Tambahkan 400 ml air sejuk.
Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 5 minit.
9
Oat
200 g Letakkan oat ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 400 ml air sejuk. Tutup dengan
penutup. Selepas memasak, biarkan selama 5
minit.
10
Barli
200 g Letakkan barli ke dalam mangkuk kukus tulen.
Tambahkan 400 ml air sejuk. Tutup dengan
penutup. Selepas memasak, biarkan selama 5
minit.
11
Dada Ayam
250 g
500 g
Bilas kepingan dan belah permukaan kulit.
Tambah 150ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Letakkan dada ayam di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam mangkuk kukus tulen.
Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
12
Bubur Ayam
Dihiris
650 g Potong 150g paha ayam menjadi hirisan,
campurkan dengan tepung jagung, Tambah
400ml air dan stok ayam ke dalam mangkuk
kukus tulen. Letakkan hirisan ayam dan
100g beras kembang ke dalam mangkuk
kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, kacau dan biarkan selama 2-3 minit.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 16 2019-09-10  2:34:27
Bahasa Melayu - 17
04 PENGGUNAAN KETUHAR
PANDUAN MEMASAK MENGGUNAKAN KUKUS TULEN
Pure Steamer (Pengukus Tulen) adalah berdasarkan prinsip memasak kukus
dan direka bentuk untuk masakan yang sihat dan pantas dalam ketuhar
Gelombang Mikro Samsung anda.
Aksesori ini ideal untuk memasak nasi, pasta, sayur, dsb. dalam masa yang
amat pantas, sambil memelihara khasiat pemakanannya.
Set pengukus Tulen Gelombang Mikro ini terdiri daripada 3 item:
Mangkuk Dulang sisip Penutup
Semua bahagian tahan suhu daripada -20 °C hingga 140 °C.
Sesuai untuk disimpan di dalam simpanan sejuk beku. Boleh juga digunakan
secara berasingan atau bersama.
SYARAT PENGGUNAAN:
Jangan gunakan:
untuk memasak makanan dengan kandungan gula atau lemak yang tinggi,
dengan fungsi gril atau haba berputar atau di atas hob.
Basuh semua bahagian dengan bersih dalam air bersabun sebelum
digunakan kali pertama.
Untuk mengetahui masa memasak, sila rujuk arahan dalam jadual pada
halaman seterusnya.
PENYENGGARAAN:
Pengukus anda boleh dibasuh di dalam pembasuh pinggan mangkuk.
Apabila membasuh dengan tangan, gunakan air panas dan cecair
pembersih pinggan mangkuk. Jangan gunakan pad lelas.
Sesetengah makanan (seperti tomato) boleh mengubah warna plastik. Ini
adalah biasa dan bukan kerosakan pembuatan.
MENCAIR BEKU:
Letakkan makanan sejuk beku di dalam mangkuk kukus tanpa penutupnya. Cecair
akan kekal di bahagian bawah periuk dan tidak akan menjejaskan makanan.
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Pengesyoran
13
Seekor Ikan
Kukus
300 g
600 g
Bilas seekor ikan dengan air sejuk. Taburkan
dengan 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk
lada. Tuangkan 1 sudu besar kicap soya
dan masukkan dalam peti ais selama 30
minit. Tambah 150ml air ke dalam mangkuk
kukus tulen. Letakkan seekor ikan di atas
dulang sisip dan letakkan di dalam mangkuk
kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
14
Ladu Sejuk
Beku Kukus
200 g
400 g
Tambah 150ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Letakkan ladu sejuk beku di atas
dulang sisip dan letakkan di dalam mangkuk
kukus tulen. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
15
Telur kukus
400 g Letakkan 3 biji telur, 150ml air atau stok
ayam, secubit garam, 1 sudu besar wain beras
dan 1 sudu teh kicap ke dalam mangkuk
selamat gelombang mikro. Kacau dengan sudu.
Selepas mengacau, sebatikan menggunakan
penapis. Tutup dengan pembalut plastik.
Tambah 150ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Letakkan mangkuk di atas dulang sisip
dan letakkan di dalam mangkuk kukus tulen.
Tutup dengan penutup. Selepas memasak,
biarkan selama 2-3 minit.
16
Udang kukus
300 g Tambah 150ml air ke dalam mangkuk kukus
tulen. Bilas udang Segar. Letakkannya di
atas dulang sisip dan letakkan di dalam
pengukus kaca. Tutup dengan penutup. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 17 2019-09-10  2:34:27
Bahasa Melayu - 18
Makanan
Saiz
hidangan
Aras
kuasa
Masa
memasak
(min.)
Pengendalian
Sayur-sayuran
Sejuk Beku
300 g 600 W 7-8 Mangkuk dengan dulang
sisip + Penutup
Arahan
Letakkan sayur-sayuran sejuk beku di dalam mangkuk kukus.
Masukkan dulang sisip ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 sudu
besar air. Tutup dengan penutup. Kacau rata selepas memasak
dan dibiarkan. Biarkan selama 2-3 minit.
Beras
250 g 800 W 15-18 Mangkuk + Penutup
Arahan
Letakkan beras di dalam mangkuk kukus. Tambahkan 500 ml
air sejuk. Tutup dengan penutup. Selepas memasak biarkan
beras putih selama 5 minit, beras perang selama 10 minit.
Kentang Jaket
500 g 800 W 7-8 Mangkuk + Penutup
Arahan
Timbang dan bilas kentang dan letakkannya ke dalam
mangkuk kukus. Tambahkan 3 sudu besar air. Tutup dengan
penutup. Biarkan selama 2-3 minit.
Stew (Dingin)
400 g 600 W 5-6 Mangkuk + Penutup
Arahan
Letakkan stew di dalam mangkuk kukus. Tutup dengan
penutup. Kacau rata sebelum dibiarkan. Biarkan selama 1-2
minit.
Mengendalikan pemasak kukus tulen
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
Berhati-hati semasa membuka penutup pengukus anda, kerana wap air
yang keluar dari situ mungkin sangat panas.
Gunakan sarung tangan ketuhar semasa mengendalikan makanan selepas
memasak.
MEMASAK:
Makanan
Saiz
hidangan
Aras
kuasa
Masa
memasak
(min.)
Pengendalian
Articok
300 g
(1-2 kpg)
800 W 5-6
Mangkuk dengan
dulang sisip + Penutup
Arahan
Cuci dan bersihkan articok. Masukkan dulang sisip ke dalam
mangkuk. Letakkan articok di atas dulang. Tambahkan satu
sudu besar jus lemon. Tutup dengan penutup. Biarkan selama
1-2 minit.
Sayur-
Sayuran Segar
300 g 800 W 4-5 Mangkuk dengan
dulang sisip + Penutup
Arahan
Timbang sayur-sayuran (contohnya brokoli, kubis bunga,
lobak merah, lada) selepas mencuci, membersihkan dan
memotong menjadi saiz yang sama. Letakkan dulang ke
dalam mangkuk. Susun sayur di atas dulang sisip. Tambahkan
2 sudu besar air.
Tutup dengan penutup. Biarkan selama 1-2 minit.
+
Mangkuk + Penutup
Mangkuk dengan Dulang sisip + Penutup
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 18 2019-09-10  2:34:27
Bahasa Melayu - 19
04 PENGGUNAAN KETUHAR
Makanan
Saiz
hidangan
Aras
kuasa
Masa
memasak
(min.)
Pengendalian
Sup (Dingin)
400 g 800 W 3-4 Mangkuk + Penutup
Arahan
Tuang ke dalam mangkuk kukus. Tutup dengan penutup.
Kacau rata sebelum dibiarkan. Biarkan selama 1-2 minit.
Sup Sejuk Beku 400 g 800 W 8-10 Mangkuk + Penutup
Arahan
Masukkan sup sejuk beku ke dalam mangkuk. Tutup dengan
penutup. Kacau rata sebelum dibiarkan. Biarkan selama 2-3
minit.
Ladu Yis
dengan Isian
Jem Sejuk
Beku
150 g 600 W 1-2 Mangkuk + Penutup
Arahan
Basahkan bahagian atas ladu berisi dengan air sejuk.
Letakkan 1-2 ladu sejuk beku bersebelahan ke dalam
mangkuk kukus. Tutup dengan penutup. Biarkan selama 2-3
minit.
Manisan Buah 250 g 800 W 3-4 Mangkuk + Penutup
Arahan
Timbang buah-buahan segar (contohnya epal, pear, plum,
aprikot, mangga atau nanas) selepas mengupas, membasuh
dan memotong menjadi saiz yang sama atau bentuk kiub.
Masukkan ke dalam mangkuk kukus. Tambahkan 1-2 sudu
besar air dan 1-2 sudu besar gula. Tutup dengan penutup.
Biarkan selama 2-3 minit.
MENGGUNAKAN CIRI MEMASAK SIHAT
Ciri Healthy Cooking (Memasak Sihat) mempunyai 13 masa memasak yang
dipraprogramkan.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh
melaraskan saiz hidangan item dengan memutar Tombol Dail.
Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup
pintu ketuhar.
1. Tekan butang Healthy Cooking (Memasak Sihat).
2. Pilih kategori yang anda mahu kategorikan dengan
memutar Tombol Dail.
Pada ketika itu, tekan Tombol Dail.
3. Pilih makanan dengan memutar Tombol Dail.
Rujuk jadual di laman berikutnya untuk keterangan
pelbagai tetapan yang dipraprogram.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Proses memasak bermula. Apabila ia
selesai:
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Gunakan hanya bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 19 2019-09-10  2:34:28
Bahasa Melayu - 20
1. Sayur-sayuran & Bijian
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Arahan
1-1
Kacang Hijau
250 g Bilas dan bersihkan kacang hijau. Letakkan
ia dengan rata di dalam mangkuk kaca yang
bertutup. Tambahkan 30 ml (2 sudu besar) air
apabila memasak untuk 250g. Letakkan mangkuk
di tengah-tengah pinggan putar. Masak bertutup.
Kacau selepas memasak. Biarkan selama 1-2 minit.
1-2
Bayam
150 g Cuci dan bersihkan bayam. Letakkan di dalam
mangkuk kaca yang bertutup. Jangan tambahkan
air. Letakkan mangkuk di tengah-tengah pinggan
putar. Masak bertutup. Kacau selepas memasak.
Biarkan selama 1-2 minit.
1-3
Tongkol Jagung
250 g
(1 kpg)
Bilas dan bersihkan tongkol jagung dan letakkan di
dalam bekas kaca bujur. Tutupkan dengan plastik
lekap gelombang mikro dan tusukkannya. Biarkan
selama 1-2 minit.
1-4
Makaroni Mil
Penuh
125 g Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan 500 ml air mendidih, sedikit
garam dan kacau rata. Masak tanpa ditutup. Kacau
sebelum masa biar dan tuskan betul-betul selepas
itu. Biarkan selama 1 minit.
1-5
Kuinoa
125 g Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk
(250 ml). Masak bertutup. Kacau sebelum masa
biar dan tambahkan garam dan herba. Biarkan
selama 1-3 minit.
1-6
Bulgur
125 g Gunakan bekas kaca ketuhar yang besar dengan
penutup. Tambahkan kuantiti berganda air sejuk
(250 ml). Masak bertutup. Kacau sebelum masa
biar dan tambahkan garam dan herba. Biarkan
selama 2-5 minit.
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Arahan
1-7
Gratin Sayuran
500 g Letakkan sayur-sayuran, seperti hirisan tomato
sudah dimasak, hirisan courgette dan tomato
dan sos ke dalam bekas pyrex kaca yang bersaiz
sesuai. Tambahkan keju parut di atasnya. Letakkan
bekas di atas rak. Biarkan selama 2-3 minit.
1-8
Tomato Gril
400 g Bilas dan bersihkan tomato, potong dua dan
letakkan di dalam bekas ketuhar. Tambahkan
keju parut di atasnya. Letakkan bekas di atas rak.
Biarkan selama 1-2 minit.
2. Ayam Itik & Ikan
Kod/Makanan
Saiz
Hidangan
Arahan
2-1
Dada Ayam
Belanda
300 g
(2 kpg)
Bilas kepingan dan letakkan di dalam pinggan
seramik. Tutup dengan plastik lekap microwave
(gelombang mikro). Cucuk plastik. Letakkan bekas
di atas pinggan putar. Biarkan selama 2 minit.
2-2
Filet Ikan Segar
300 g
(2 kpg)
Bilas ikan dan letakkan di dalam pinggan seramik,
masukkan 1 sudu besar jus lemon. Tutup dengan
plastik lekap microwave (gelombang mikro). Cucuk
plastik. Letakkan bekas di atas pinggan putar.
Biarkan selama 1-2 minit.
2-3
Filet Salmon
Segar
300 g
(2 kpg)
Bilas ikan dan letakkan di dalam pinggan seramik,
masukkan 1 sudu besar jus lemon. Tutup dengan
plastik lekap microwave (gelombang mikro). Cucuk
plastik. Letakkan bekas di atas pinggan putar.
Biarkan selama 1-2 minit.
2-4
Ikan Panggang
200 g
(1 ikan)
Sapukan kulit seekor ikan (trout atau dorada)
dengan minyak dan tambahkan herba dan rempah.
Letakkan ikan sebelah-menyebelah, kepala pada
ekor di atas rak tinggi. Balikkan, sebaik sahaja
ketuhar berbunyi bip. Biarkan selama 3 minit.
2-5
Stik Salmon Gril
300 g
(2 stik)
Susun stik ikan sama rata di atas rak tinggi.
Balikkan, sebaik sahaja ketuhar berbunyi bip.
Biarkan selama 2 minit.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 20 2019-09-10  2:34:28
  • Page 1 1
  • Page 2 2
  • Page 3 3
  • Page 4 4
  • Page 5 5
  • Page 6 6
  • Page 7 7
  • Page 8 8
  • Page 9 9
  • Page 10 10
  • Page 11 11
  • Page 12 12
  • Page 13 13
  • Page 14 14
  • Page 15 15
  • Page 16 16
  • Page 17 17
  • Page 18 18
  • Page 19 19
  • Page 20 20
  • Page 21 21
  • Page 22 22
  • Page 23 23
  • Page 24 24
  • Page 25 25
  • Page 26 26
  • Page 27 27
  • Page 28 28
  • Page 29 29
  • Page 30 30
  • Page 31 31
  • Page 32 32
  • Page 33 33
  • Page 34 34
  • Page 35 35
  • Page 36 36
  • Page 37 37
  • Page 38 38
  • Page 39 39
  • Page 40 40
  • Page 41 41
  • Page 42 42
  • Page 43 43
  • Page 44 44
  • Page 45 45
  • Page 46 46
  • Page 47 47
  • Page 48 48
  • Page 49 49
  • Page 50 50
  • Page 51 51
  • Page 52 52
  • Page 53 53
  • Page 54 54
  • Page 55 55
  • Page 56 56
  • Page 57 57
  • Page 58 58
  • Page 59 59
  • Page 60 60
  • Page 61 61
  • Page 62 62
  • Page 63 63
  • Page 64 64
  • Page 65 65
  • Page 66 66
  • Page 67 67
  • Page 68 68
  • Page 69 69
  • Page 70 70
  • Page 71 71
  • Page 72 72
  • Page 73 73
  • Page 74 74
  • Page 75 75
  • Page 76 76
  • Page 77 77
  • Page 78 78
  • Page 79 79
  • Page 80 80
  • Page 81 81
  • Page 82 82
  • Page 83 83
  • Page 84 84
  • Page 85 85
  • Page 86 86
  • Page 87 87
  • Page 88 88
  • Page 89 89
  • Page 90 90
  • Page 91 91
  • Page 92 92
  • Page 93 93
  • Page 94 94
  • Page 95 95
  • Page 96 96
  • Page 97 97
  • Page 98 98
  • Page 99 99
  • Page 100 100
  • Page 101 101
  • Page 102 102
  • Page 103 103
  • Page 104 104
  • Page 105 105
  • Page 106 106
  • Page 107 107
  • Page 108 108
  • Page 109 109
  • Page 110 110
  • Page 111 111
  • Page 112 112
  • Page 113 113
  • Page 114 114
  • Page 115 115
  • Page 116 116
  • Page 117 117
  • Page 118 118
  • Page 119 119
  • Page 120 120

Samsung MG23H3115GK User manual

Category
Microwaves
Type
User manual

Ask a question and I''ll find the answer in the document

Finding information in a document is now easier with AI