16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod/Makanan Saiz Hidangan Bahan-bahan
2
Ikan Tenggiri
Bungkus Daun
Pisang
1-2 hidangan 2-3 keping Ikan Tenggiri, Garam dan serbuk Kunyit secukup
rasa, Daun Pisang, 2 sudu besar Minyak
Arahan
Sapukan semua bahan dan bungkus dalam daun pisang.
Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pilih
menu ini dalam masak auto dan tekan butang START/+30s
(MULA/+30s). Apabila berbunyi bip, keluarkan dan
terbalikkan makanan tersebut. Walaupun anda tidak
mengeluarkannya untuk menterbalikkannya, ketuhar ini
terus beroperasi. Jika anda mengeluarkannya, tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) selepas menterbalikkan. Selepas
masak, hidangkan panas.
3
Kari Ayam
6-8 hidangan 70 g Minyak, 600 g Bahagian Ayam, 100 g Bawang Bombay
(2 biji) - dihiris, 20 g Bawang Putih (6 ulas), 25 g Halia
Dikupas (2 inci), 5 tangkai Bunga Cengkih, 1 batang Kulit
Kayu Manis, 3 biji Bunga Lawang, 5 sudu besar Serbuk Kari
Daging, 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih, 1 sudu besar
Serbuk Kas Kas, 3 biji Kentang – dipotong dadu besar,
Garam dan gula secukup rasa, Air yang mencukupi
Arahan
Masukkan minyak, bawang, bawang putih, halia dan bunga cengkih, batang
kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam kaserol. Masukkan ia ke dalam
ketuhar gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s). Apabila berbunyi bip kali pertama, keluarkannya
daripada ketuhar dan kacau rata. Tambah semua serbuk rempah dan kacau
rata. Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s) sekali lagi. Apabila berbunyi bip kali kedua,
keluarkannya daripada ketuhar dan tambah semua bahan dan kacau rata.
Selepas masak, kacau rata dan hidangkan.
Kod/Makanan Saiz Hidangan Bahan-bahan
4
Tikka Ayam/
Ayam Mentega
3-4 hidangan Untuk Bahan Perapan Ayam
250 g paha ayam tanpa tulang, ½ sudu teh serbuk buah
pala, ½ sudu teh buah pelaga, ½ sudu teh serbuk cili,
½ sudu teh serbuk ketumbar, ½ sudu putih serbuk jintan
putih, 2 sudu besar yogurt, 2 sudu besar minyak, Garam dan
gula secukup rasa
Untuk Sos
50 g Minyak, 10 g Bawang Putih (2 ulas) - dipecahkan,
13 g Halia (1 inci) - dipecahkan, ½ sudu teh Buah Pala,
½ sudu teh Buah Pelaga, 1 sudu teh Serbuk Cili, 1 sudu teh
Serbuk Ketumbar, 1 sudu teh Serbuk Jintan Putih, 2 sudu
besar Pes Tomato, 50 g Krim Untuk Masakan Anchor,
50 g Air, Garam dan Gula secukup rasa, 70 g Mentega
Masin Anchor - terakhir selepas masak, 2 sudu besar Daun
Ketumbar Cincang - terakhir selepas masak
Arahan
Kaedah Untuk Memerap dan Menggril Ayam
Campurkan semua bahan ke dalam pes dan sapukan pada Ayam. Perap selama
2 jam. Ambil ayam dan susun di atas pinggan. Masukkan ia ke dalam ketuhar
gelombang mikro. Kendalikan pada 1000 W selama 15 minit. Selepas masak,
keluarkan daripada ketuhar, biarkan sehingga ia sejuk dan hiriskan. Ketepikan.
Untuk Sajian Lengkap
Campurkan semua bahan sos hingga sebati. Masukkan ia ke dalam ketuhar
gelombang mikro. Pilih menu ini dalam masak auto dan tekan butang
START/+30s (MULA/+30s). Apabila berbunyi bip, keluarkannya daripada
ketuhar dan gaul rata. Masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro dan
tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali lagi. Selepas masak, tambah
mentega dan serbuk ketumbar. Gaul rata dan hidangkan.
MS28J5255GB_SM_DE68-04490A-01_MS+ZH+EN.indb 16 9/18/2019 12:17:41 PM