Samsung MC32K7055LT User manual

  • Hello! I am an AI chatbot trained to assist you with the Samsung MC32K7055LT User manual. I’ve already reviewed the document and can help you find the information you need or explain it in simple terms. Just ask your questions, and providing more details will help me assist you more effectively!
Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
MC32K7055**
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 1 2019-09-03  3:43:11
2 Bahasa Melayu
Kandungan
KandunganKandungan
Arahan keselamatan 3
Arahan keselamatan penting 3
Fungsi gelombang mikro sahaja 3
Fungsi ketuhar sahaja - Pilihan 5
Keselamatan umum 6
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro 7
Waranti terhad 7
Pemasangan 8
Aksesori 8
Tapak pemasangan 9
Piring putar 9
Penyelenggaraan 9
Pembersihan 9
Penggantian (pembaikan) 10
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 10
Ciri-ciri ketuhar 10
Ketuhar 10
Panel kawalan 11
Penggunaan ketuhar 11
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 11
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 12
Menetapkan masa 12
Memasak/Memanas Semula 13
Aras kuasa dan variasi masa 13
Melaraskan masa memasak 14
Menghentikan proses memasak 14
Menetapkan mod penjimatan tenaga 14
Menggunakan ciri auto bagas panas 15
Menggunakan ciri goreng tanpa minyak 18
Menggunakan ciri-ciri stim yang menyihatkan 20
Menggunakan ciri masakan sihat 22
Menggunakan ciri cair beku kuasa 24
Menggunakan ciri pemanasan semula/masakan auto 25
Menggunakan pinggan kerak 26
Menggunakan fungsi memasak kukus manual 27
Bagas Panas 29
Menggril 29
Memilih aksesori 30
Menyatukan gelombang mikro dan gril 30
Mengkombinasikan gelombang mikro dan bagas panas 31
Mematikan pembunyi bip 33
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak 33
Menggunakan ciri hidup/mati pinggan putar 33
Panduan perkakas memasak 34
Panduan memasak 35
Penyelesaian masalah 46
Penyelesaian masalah 46
Kod maklumat 49
Spesikasi teknikal 50
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 2 2019-09-03  3:43:11
Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang
melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan
daripada pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam
bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia tidak
bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan
yang lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan dalam
ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan bunga
api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan semasa
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan makanan
dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian dan pemanasan pad
penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang seakan-akan sama
boleh menyebabkan risiko kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan
pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan anda
berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan
dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 3 2019-09-03  3:43:11
4 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan
cara yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian yang
betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan kawasan
kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian baru
digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun
setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas
kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak harus
diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan
raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-
kanak) yang mempunyai keupayaan zikal, sensori atau mental yang
kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan
alat ini oleh orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 4 2019-09-03  3:43:11
Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya dijauhkan
melainkan sentiasa diselia.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan
cara yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-
kanak tanpa seliaan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang
beroperasi.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
FUNGSI KETUHAR SAHAJA  PILIHAN
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-
kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan orang
dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas
semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu pecah.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu
bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu pecah.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi panas
semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 5 2019-09-03  3:43:12
6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang
palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/
menutup pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada
di dalam ketuhar sekurang-kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau
semasa dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu
mendidih secara mendadak.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara
yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya
melakukan pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus
atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh
kord kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 6 2019-09-03  3:43:12
Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas
digunakan.
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak
tidak boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh
rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya,
sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam,
pinggan mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang
direbus keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan
cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di
dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan
secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang
mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 7 2019-09-03  3:43:12
8 Bahasa Melayu
Pemasangan
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang boleh
digunakan dengan pelbagai cara.
01
01 Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-
tengah ketuhar.
Tujuan: Gelang roda menyokong pinggan
putar.
02
02 Pinggan putar, perlu diletakkan pada gelang
roda dengan bahagian tengahnya terpasang
pada pengganding.
Tujuan: Pinggan putar berfungsi sebagai
permukaan memasak utama; ia boleh
dikeluarkan dengan mudah untuk
dibersihkan.
03
03 Rak tinggi, Rak rendah, perlu diletakkan di
atas pinggan putar.
Tujuan: Rak logam boleh digunakan untuk
memasak dua hidangan pada masa
yang sama. Hidangan kecil boleh
diletakkan di atas pinggan putar dan
hidangan yang kedua di atas rak.
Rak logam boleh digunakan untuk
menggril, dalam masakan bagas
panas dan kombinasi.
04
04 Pro Steamer/Pinggan Kerak perlu diletakkan
di atas pinggan putar.
Tujuan: Pro Steamer boleh digunakan untuk
mengukus makanan berkerak.
Pinggan Kerak digunakan untuk
memerangkan makanan dengan
lebih baik dalam ketuhar gelombang
mikro atau mod memasak kombinasi
panggang dan memastikan pastri dan
doh piza kekal rangup.
Penutup keluli tahan karat Dulang pengukus Pinggan Pengukus/Pinggan
Kerak
AWAS
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang pengguling dan piring putar.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 8 2019-09-03  3:43:12
Bahasa Melayu 9
Penyelenggaraan
Tapak pemasangan
10 sm di belakang
10 sm
di tepi
85 sm
dari lantai
20 sm di atas
Pilih permukaan rata, mendatar sekitar
85 sm atas lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
Biarkan ruang untuk pengudaraan, sekurang-
kurangnya 10 sm daripada dinding belakang
dan kedua-dua tepi, dan 20 sm daripada atas.
Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar
ini. Hanya gunakan kabel sambungan jika
anda perlu menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan pengadang
pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda buat pertama kali.
Piring putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
pinggan putar. Periksa bagi memastikan pinggan
putar berputar dengan bebas.
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-
dua bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam
ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan atas
sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan. Ini akan
membantu membersihkan kawasan atas. Apabila
selesai, letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup
dengan lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 9 2019-09-03  3:43:13
10 Bahasa Melayu
Ciri-ciri ketuhar
Penyelenggaraan
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod
kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang
terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
Ciri-ciri ketuhar
Ketuhar
1004 07 08 0905 06
01 02 03
01 Lubang saling kunci
keselamatan
02 Elemen pemanas 03 Lubang pengalihan
udara
04 Selak pintu 05 Piring putar 06 Pengganding
07 Pemegang pintu 08 Gelang roda 09 Pintu
10 Panel kawalan
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 10 2019-09-03  3:43:13
Bahasa Melayu 11
Penggunaan ketuhar
Panel kawalan
01 02
03 04
05 06
07
09
08
10
12
1311
1514
01 Butang Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas)
02 Butang Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak)
03 Butang Healthy Steam (Kukus Sihat)
04 Butang Healthy Cooking (Memasak Sihat)
05 Butang Power Defrost (Cair Beku Kuasa)
06 Butang Auto Reheat/Cook (Pemanasan
Semula/Memasak Auto)
07 Butang Hot Blast (Bagas Panas)
08 Butang Grill (Gril)
09 Butang Microwave (Gelombang Mikro)
10 Butang Combi (Kombi)
11 Butang Hidup/Mati Pinggan Putar
12 Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
13 Butang Kunci Kanak-kanak
14 Butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
15 Butang START/+30s (MULA/+30s)
Penggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk
atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku
Memanas semula
Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan
diagihkan dengan seragam sementara
makanan berputar di atas pinggan putar.
Dengan itu, makanan dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses
memasak berterusan apabila haba dilesapkan
di dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
Kuantiti dan ketumpatan
Kandungan air
Suhu awal (disejukkan atau tidak)
AWAS
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak
masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang
ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 11 2019-09-03  3:43:13
12 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan
betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar
anda sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk
Penyelesaian masalah” di halaman 46-49.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah
berada di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum
(100 % - 900 W) digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu.
Letakkan segelas air di atas piring putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro) dan
tetapkan masa kepada 4 atau 5 minit dengan
menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Ketuhar akan memanaskan air selama 4
atau 5 minit. Air itu kemudiannya akan
mula mendidih.
Menetapkan masa
Apabila ada bekalan elektrik, "88:88" dan kemudian "12:00" dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 12 jam atau 24 jam. Anda mestilah
menetapkan jam:
Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
Selepas bekalan elektrik terputus
NOTA
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim panas kepada
waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1
2
3
4
5
6
7
1. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jenis paparan masa. (12J atau
24J)
3. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
melengkapkan penyediaan.
4. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jam.
5. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
6. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan minit.
7. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memulakan jam.
Hasil: Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang
mikro.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 12 2019-09-03  3:43:13
Bahasa Melayu 13
Penggunaan ketuhar
Memasak/Memanas Semula
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
AWAS
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa dijaga.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar. Jangan
sekali-kali hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
1
2
3
4
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Hasil: Penunjuk-penunjuk yang berikut
dipaparkan:
(Mod gelombang mikro)
900 W (Kuasa output)
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
sehingga aras kuasa yang sesuai dipaparkan.
Pada masa itu, tekan Tombol Pemilih
Berbilang Fungsi untuk menetapkan aras
kuasa.
Jika aras kuasa tidak ditetapkan dalam
masa 5 saat, ia akan bertukar ke peringkat
penetapan masa memasak secara Automatik.
3. Tetapkan masa memasak dengan memutar
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
Hasil: Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Lampu ketuhar menyala dan pinggan
putar mula berputar. Proses memasak
bermula. Apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Aras kuasa dan variasi masa
Fungsi aras kuasa membolehkan anda menyesuaikan jumlah tenaga yang dilesapkan dan
dengan itu masa yang diperlukan untuk memasak atau memanaskan makanan anda, menurut
jenis dan kuantitinya.
Anda boleh memilih antara enam aras kuasa.
Aras kuasa Peratusan Output
TINGGI 100 % 900 W
TINGGI SEDERHANA 67 % 600 W
SEDERHANA 50 % 450 W
RENDAH SEDERHANA 33 % 300 W
MENCAIR BEKU 20 % 180 W
RENDAH 11 % 100 W
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 13 2019-09-03  3:43:14
14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
Memeriksa makanan
Membalikkan makanan atau mengacaunya
Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu
Buka pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar sekali
lagi dan tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Sepenuhnya
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Hasil: Proses memasak berhenti.
Jika anda mahu membatalkan seting memasak, tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Hasil: Paparan dipadamkan.
Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka
pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/
EKO) dan kemudian paparan menunjukkan
waktu semasa. Ketuhar sedia untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan
atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan
dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu Ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
Masa memasak yang diberikan dalam resipi dan di dalam buku panduan ini adalah sepadan
dengan aras kuasa tertentu yang ditunjukkan.
Jika anda memilih... Masa memasaknya mestilah...
Aras kuasa lebih tinggi Dikurangkan
Aras kuasa lebih rendah Ditambah
Melaraskan masa memasak
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang START/+30s (MULA/+30s)
sekali untuk setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
Periksa bagaimana perkembangan proses memasak pada bila-bila masa dengan hanya
membuka pintu ketuhar.
Menambah masa memasak yang tinggal
Kaedah 1
Untuk menambah masa memasak makanan anda,
tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali
untuk setiap 30 saat yang ingin anda tambahkan.
Contoh: Untuk menambah tiga minit, tekan
butang START/+30s (MULA/+30s) enam kali.
Kaedah 2
Hanya putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
untuk melaraskan masa memasak.
Bagi menambah masa memasak, putar
ke kanan dan bagi mengurangkan masa
memasak, putar ke kiri.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 14 2019-09-03  3:43:14
Bahasa Melayu 15
Penggunaan ketuhar
Panduan Bagas Panas
Jadual berikut menunjukkan 10 program, Auto Bagas Panas, kuantiti, masa biar dan
pengesyoran yang bersesuaian. Program itu beroperasi dengan kombinasi gelombang mikro,
gril dan pemanas perolakan.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H1 Piza Leper
Sejuk Beku
400-450 g Keluarkan bungkusan dan letakkan Piza di atas
rak Rendah.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H2 Piza Buatan
Sendiri
500-550 g Bahan-bahan
Doh piza (200-250 g)
150 g tepung roti putih kasar, 3 g yis kering,
0.5 sudu besar minyak zaitun, 100 ml air suam,
0.5 sudu besar gula dan garam
Hias atas
100 g Sayur-sayuran yang dipotong, 100 g Puri
tomato, 80-100 g keju Mozzarella yang disagat
Kaedah
Masukkan tepung, yis, minyak, garam dan air
suam ke dalam mangkuk dan adun hingga
menjadi doh yang lembap. Uli doh dengan
pengadun atau dengan tangan kira-kira 5-10
minit. Tutup dengan penutup dan biarkan ia
kembang selama 30 minit.
Canai di atas pinggan Kerak. Selerakkan puri
tomato di atas doh dan tambah sayur-sayuran.
Taburkan keju sama rata di atas.
Letakkannya di atas rak tinggi. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
Menggunakan ciri auto bagas panas
10 ciri Auto Bagas Panas termasuk/menyediakan masa memasak yang dipraprogram. Anda
tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan saiz hidangan
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
2
3
4
1. Tekan butang Hot Blast Auto (Auto Bagas
Panas).
2. Pilih jenis makanan yang anda ingin masak
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi.
Rujuk jadual di laman berikutnya untuk
keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram. Pada masa itu, tekan Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih jenis
makanan.
3. Pilih saiz hidangan dengan memutar Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut seting
praprogram yang dipilih. Apabila ia
selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 15 2019-09-03  3:43:14
16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H4 Gratin Buatan
Sendiri
500-600 g
900-1000 g
Bahan-bahan (900-1000 g)
640 g kentang, 80 ml susu, 80 ml krim, 40 g
seluruh telur yang telah dipukul, 1 sudu teh
setiap garam, lada, buah pala, 120 g keju
mozzarella parut, mentega, taim
- Sekiranya 500-600 g, gunakan separuh
kuantiti.
Kaedah
Kupas kentang dan hiris menjadi 3 mm tebal.
Sapukan mentega pada seluruh permukaan
bekas gratin. Selerakkan hirisan di atas tuala
bersih dan pastikan ia ditutup dengan tuala
sementara anda menyediakan bahan-bahan
yang lain.
Campurkan bahan-bahan yang lain kecuali keju
yang disagat ke dalam mangkuk besar dan
kacau hingga sebati.
Lapiskan hirisan kentang di dalam bekas
bertindih sedikit dan tuangkan campuran di atas
kentang. Selerakkan keju yang disagat di atas
dan letakkannya di atas rak rendah. Selepas
memasak, hidangkan dengan taburan beberapa
daun taim segar. Selepas memasak, biarkan
selama 2-3 minit.
H5 Kentang
Goreng Sejuk
Beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan cip ketuhar sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak tinggi. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
H6 Kepak Ayam
Buffalo Sejuk
Beku
400-450 g
500-550 g
Letakkan Kepak Ayam Buffalo Sejuk Beku
(pramasak dan berempah) di atas pinggan
kerak. Letakkan pinggan di atas rak tinggi.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H3 Lasagna
Buatan
Sendiri
500-600 g
1000-1100 g
Bahan-bahan (1000-1100 g)
2 sudu besar minyak zaitun, 300 g daging
lembu kisar, 200 g sos tomato, 100 ml stok
daging lembu, 150 g kepingan lasagna kering (8
keping), 1 bawang besar (dicincang), 1 sudu teh
setiap emping pasli, oregano, selasih, 200g keju
mozzarella yang disagat
- Sekiranya 500-600 g, gunakan separuh
kuantiti.
Kaedah
Sos: Panaskan minyak dalam kuali, kemudian
masak daging kisar dan bawang yang dicincang
selama 10 minit sehingga keperangan. Tuang
sos tomato dan stok daging, tambahkan herba
kering. Didihkan, kemudian reneh selama
30 min.
Masak kepingan lasagna mengikut arahan
pada bungkusan. Lapiskan mi, sos daging dan
keju, kemudian ulang. Kemudian taburkan keju
mozzarella yang tinggal sama rata di atas mi
dan letakkannya di atas rak rendah. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 16 2019-09-03  3:43:14
Bahasa Melayu 17
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H9 Pai Stik
Daging Lembu
500-600 g Bahan-bahan
200 g daging lembu, dipotong dadu,1 sudu
besar minyak zaitun, 1/2 bawang (dihiris), 80 g
cendawan (dihiris), 1 sudu besar pasli dan taim,
dicincang, 1 sudu besar sos Worcestershire,
garam dan lada, 2 sudu besar tepung, 100 ml
stok daging lembu panas, 120 g doh pastri
sedia guna, 1 biji kuning telur, dipukul
Kaedah
Taburkan tepung, garam dan lada di atas
daging lembu. Goreng menggunakan minyak di
atas kuali leper, kacau dengan kerap sehingga
keperangan. Tambah bawang, cendawan, parsli,
taim, sos Worcestershire serta stok daging
lembu dan panggang. Selepas memanggang,
kurangkan untuk mereneh selama sejam.
Tuangkan campuran inti di atas bekas ketuhar
dan tutup dengan kepingan pastri pai dan
tekan bahagian tepi bersama-sama untuk
mengedapnya. Hiaskan dengan hiasan pastri
menggunakan pisau dan garpu. Potong
merentas bahagian atas dan sapukan dengan
kuning telur yang dipukul. Letakkannya di atas
rak rendah. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H7 Kepingan
Ayam
Panggang
500-600 g
900-1000 g
Timbang kepingan ayam dan sapu dengan
minyak dan rempah.
Susun sama rata di atas rak tinggi. Apabila
kedengaran bunyi bip, terbalikkan ayam
dan tekan mula untuk meneruskan. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H8 Ayam
Panggang
1100-1200 g
1200-1300 g
Sapukan ayam dengan minyak dan rempah
sepenuhnya. Letakkan bahagian dada di bawah
terlebih dahulu, di tengah-tengah rak rendah.
Apabila kedengaran bunyi bip, terbalikkan ayam
menggunakan penyepit dan tekan mula untuk
meneruskan. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 17 2019-09-03  3:43:14
18 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri goreng tanpa minyak
11 ciri Goreng Tanpa Minyak termasuk/menyediakan masa memasak yang dipraprogram. Anda tidak
perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan kategori Goreng Tanpa Minyak
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
5
2
3
4
1. Tekan butang Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak).
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memilih kategori Memasak. Pada masa itu, tekan
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih
kategori memasak.
1. Kentang/Sayur-sayuran
2. Makanan laut
3. Ayam
3. Pilih jenis makanan yang anda ingin masak
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi. Rujuk jadual di laman berikutnya
untuk keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram. Pada masa itu, tekan Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih jenis
makanan.
4. Pilih saiz hidangan dengan memutar Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi.
5. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut seting
praprogram yang dipilih. Apabila ia
selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
H10 Quiche Mini
Buatan
Sendiri
400-500 g Bahan-bahan
Pastri
200 g tepung biasa, 80 g mentega, 1 telur, 30 g
bakon, dipotong dadu, 60 g Krim, 60 g Krim
fraiche, 2 telur, 40 g keju yang disagat, garam
dan lada
Kaedah
Untuk membuat pastri, masukkan tepung,
mentega dan telur ke dalam mangkuk dan
adun hingga menjadi pastri yang lembut dan
kemudian biarkan ia di dalam peti sejuk selama
30 minit. Canai pastri dan letakkan di dalam
loyang logam bermentega (seperti acuan
mun untuk 6 quiche mini). Campurkan krim,
bakon dipotong dadu, krim fraiche, telur, keju,
garam, lada dan tuangkan campuran ke dalam
acuan. Letakkannya di atas rak rendah. Selepas
memasak, biarkan selama 5 minit.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 18 2019-09-03  3:43:14
Bahasa Melayu 19
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
1-5 Courgette
hiris
100-150 g
200-250 g
Bilas dan hiris courgette. Sapukan dengan
5 g minyak zaitun dan tambah rempah.
Letakkan kepingan sama rata atas pinggan
kerak dan letakkan pinggan di atas rak tinggi.
Terbalikkan selepas bunyi bip. Tekan mula untuk
meneruskan. (Ketuhar akan terus beroperasi jika
anda tidak balikkan).
Biarkan selama 1-2 minit.
2. Makanan laut
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
2-1 Udang sejuk
beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan udang bersalut sejuk beku sama rata
di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
2-2 Kutlet Ikan
Sejuk Beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan kutlet ikan bersalut sejuk beku sama
rata di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di
atas rak rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
2-3 Sotong
Goreng Sejuk
Beku
100-150 g
200-250 g
Sebarkan gegelang sotong bersalut sejuk beku
sama rata di atas pinggan kerak. Letakkan
pinggan di atas rak rendah. Biarkan selama 1-2
minit.
Panduan goreng tanpa minyak
Jadual berikut menyenaraikan 11 program auto Goreng Tanpa Minyak untuk menggoreng.
Ia mengandungi kuantiti dan arahan yang bersesuaian. Anda akan gunakan sedikit minyak
berbanding dengan menggoreng dengan penggoreng minyak, dan mendapat makanan yang
sedap. Program berjalan dengan kombinasi perolakan, pemanas atas dan tenaga gelombang
mikro.
1. Kentang/Sayur-sayuran
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
1-1 Kroket
Kentang sejuk
beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan kroket kentang sejuk beku sama rata
di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
1-2 Kentang
Goreng
Buatan
Sendiri
300-350 g
400-450 g
Gunakan kentang jenis keras hingga sederhana
dan bersihkan.
Kupas kentang dan potong panjang nipis seperti
jejari dengan ketebalan 10 x 10 mm. Rendam di
dalam air sejuk (selama 30 min.).
Keringkan dengan tuala, timbang dan sapukan
dengan 5 g minyak zaitun.
Sebarkan kentang goreng sejuk beku sama rata
di atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
1-3 Baji Kentang 200-250 g
300-350 g
400-450 g
Bersihkan kentang bersaiz biasa dan potong
baji. Sapukan dengan minyak zaitun dan
rempah.
Letakkan baji kentang dengan bahagian yang
dipotong di atas pinggan kerak. Letakkan
pinggan di atas rak tinggi. Biarkan selama 1-3
minit.
1-4 Gegelang
Bawang Sejuk
Beku
100-150 g
200-250 g
Letakkan gegelang bawang bersalut sejuk beku
atau gegelang sotong bersalut sejuk beku sama
rata atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di
atas rak rendah.
Biarkan selama 1-2 minit.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 19 2019-09-03  3:43:14
20 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri-ciri stim yang menyihatkan
Ciri Kukus Sihat mempunyai 16 masa memasak yang dipraprogram.
Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa.
Anda boleh melaraskan saiz hidangan dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Mula-mula, letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar dan tutup pintu
ketuhar.
2
3
4
1
1. Tekan butang Healthy Steam (Kukus Sihat).
2. Pilih makanan yang anda ingin masak dengan
memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
Pada masa itu, tekan Tombol Pemilih
Berbilang Fungsi.
Rujuk jadual di laman berikutnya untuk
keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram
3. Pilih aras kuasa yang sesuai dengan memutar
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil: Makanan dimasak menurut seting
praprogram yang dipilih. Apabila ia
selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan
berbunyi bip 3 kali (sekali setiap
minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
3. Ayam
Kod Makanan Saiz hidangan Pengesyoran
3-1 Nuget Ayam
sejuk beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan nuget ayam sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
3-2 Paha Ayam 200-250 g
300-350 g
400-450 g
Timbang paha ayam dan sapukan dengan
minyak dan rempah. Susun sama rata di atas
rak tinggi.
Terbalikkan selepas bunyi bip, ketuhar akan
menghentikan proses. Tekan mula untuk
meneruskan. Biarkan selama 1-3 minit.
3-3 Sayap Ayam 200-250 g
300-350 g
Timbang sayap ayam dan sapukan dengan
minyak dan rempah. Susun sama rata di atas rak
tinggi. Terbalikkan selepas bunyi bip, ketuhar
akan menghentikan proses. Tekan mula untuk
meneruskan. Biarkan selama 1-2 minit.
MC32K7055LT_SM_DE68-04493A-01_MS+ZH+EN.indb 20 2019-09-03  3:43:15
/