Samsung MC28M6055KK User manual

Category
Microwaves
Type
User manual
Ketuhar Gelombang Mikro
Manual pengguna
MC28M6055K*
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 1 2019-09-03  3:01:21
2 Bahasa Melayu
Kandungan
Kandungan
Arahan keselamatan 3
Keselamatan umum 6
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro 8
Waranti terhad 8
Pemasangan 9
Aksesori 9
Tapak pemasangan 10
Piring putar 10
Penyelenggaraan 11
Pembersihan 11
Penggantian (pembaikan) 11
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan 11
Ciri-ciri ketuhar 12
Ketuhar 12
Panel kawalan 12
Penggunaan ketuhar 13
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi 13
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul 13
Menetapkan masa 14
Memasak/Memanas Semula 14
Melaraskan masa memasak 15
Menghentikan proses memasak 16
Menetapkan mod penjimatan tenaga 16
Menggunakan ciri auto bagas panas 16
Menggunakan ciri goreng tanpa minyak 20
Menggunakan ciri kukus sihat 22
Panduan memasak menggunakan kukus tulen 24
Menggunakan ciri masakan sihat 25
Menggunakan ciri cair beku kuasa 27
Menggunakan ciri pemanasan semula/masakan auto 29
Menggunakan pinggan kerak 30
Bagas Panas 31
Menggril 31
Memilih aksesori 32
Menyatukan gelombang mikro dan gril 32
Mengkombinasikan gelombang mikro dan bagas panas 33
Mematikan pembunyi bip 34
Menggunakan ciri kunci kanak-kanak 35
Menggunakan ciri hidup/mati pinggan putar 35
Panduan perkakas memasak 36
Panduan memasak 37
Gelombang mikro 37
Memasak 37
Memanas semula 40
Memanaskan semula cecair 41
Memanas semula makanan bayi 41
Catatan: 41
Mencair beku 43
Gril 44
Gelombang Mikro + Gril 45
Bagas panas 47
Gelombang mikro + Bagas panas 47
Tip dan cara yang berkesan 49
Penyelesaian masalah 50
Penyelesaian masalah 50
Kod maklumat 53
Spesikasi teknikal 54
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 2 2019-09-03  3:01:21
Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA
MASA HADAPAN.
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak
boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang
yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak
cekap menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang
memberi perlindungan daripada pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan
di dalam bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan
ketuhar tanpa penyeliaan apabila arahan yang mencukupi
telah diberikan supaya kanak-kanak tersebut boleh
menggunakan ketuhar dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan
ia tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang
lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk
digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau
kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan
pencetusan bunga api.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan
makanan dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian
dan pemanasan pad penghangat, selipar, span, kain lembap
dan yang seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko
kecederaan, penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro
boleh mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu
pastikan anda berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi
harus dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa
sebelum makanan dimakan, bagi mengelakkan luka
terbakar.
Arahan keselamatan
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 3 2019-09-03  3:01:21
Arahan keselamatan
4 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan
di dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh
meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro
telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang
bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya
yang boleh memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk
digunakan di atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar
gelombang mikro ini tidak harus diletakkan di atas kabinet.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak
dibenarkan semasa memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro.
Berhati-hati supaya tidak mengalihkan pinggan putar
apabila mengeluarkan bekas daripada alat.
Alat ini tidak boleh dibersihkan dengan pembersih wap.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam
kenderaan jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan
yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan zikal, sensori
atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan
berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan alat ini.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan
zikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan
pengetahuan jika mereka telah diselia atau diberi arahan
mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya dilakukan
oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang,
ejen perkhidmatannya atau orang-orang yang sama
berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga
dan kawasan kawalan.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 4 2019-09-03  3:01:21
Bahasa Melayu 5
Arahan keselamatan
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama,
ketuhar harus dikendalikan bersama air selama 10 minit
dan kemudian baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar
atau mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera
dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang
sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi,
kanak-kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah
penyeliaan orang dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati
agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam
ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan
menjadi panas semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak
harus mendekati ketuhar.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengikis
logam yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar
kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca tersebut pecah.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum
menggantikan lampu bagi mengelakkan kemungkinan
kejutan elektrik.
Alat ini tidak boleh dipasang di belakang pintu hiasan untuk
mengelakkan pemanasan yang terlampau.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai
menjadi panas semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen
pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya
dijauhkan melainkan sentiasa diselia.
AWAS: Proses memasak perlu diselia. Proses memasak
jangka pendek perlu diselia secara berterusan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa
alat sedang beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat
sedang beroperasi.
Permukaan boleh menjadi panas semasa digunakan.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
berasingan.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 5 2019-09-03  3:01:21
Arahan keselamatan
6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun
ke atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan
zikal, deria atau mental atau kurang pengalaman dan
pengetahuan jika mereka telah diselia atau diberi arahan
mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak
sepatutnya melakukan pembersihan dan penyenggaraan
pengguna melainkan mereka berusia daripada 8 tahun ke
atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak
berusia kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi untuk
membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus atau
air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh kord
kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang
palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 6 2019-09-03  3:01:21
Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/menutup
pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada
di dalam ketuhar sekurang-kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau
semasa dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu
mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam, pinggan
mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang direbus
keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-
buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 7 2019-09-03  3:01:21
Arahan keselamatan
8 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak tidak
boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan.
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan,
hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan maklumat
dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan
bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh
penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya, sentiasa
pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 8 2019-09-03  3:01:21
Bahasa Melayu 9
Pemasangan
Aksesori
Bergantung kepada model yang telah anda beli, anda diberikan beberapa aksesori yang boleh
digunakan dengan pelbagai cara.
01 Gelang roda, perlu diletakkan di tengah-tengah
ketuhar.
Gelang roda menyokong pinggan putar.
02 Pinggan Putar, perlu diletakkan pada gelang
roda dengan bahagian tengahnya terpasang
pada pengganding.
Pinggan putar berfungsi sebagai permukaan
memasak utama; ia boleh dikeluarkan dengan
mudah untuk dibersihkan.
03 Rak tinggi, Rak rendah, perlu diletakkan di atas
pinggan putar.
Rak logam boleh digunakan untuk memasak
dua hidangan pada masa yang sama. Hidangan
kecil boleh diletakkan di atas pinggan putar
dan hidangan yang kedua di atas rak. Rak
logam boleh digunakan untuk menggril, dalam
masakan bagas panas dan kombinasi.
04 Pinggan kerak, lihat halaman 30.
Pinggan kerak digunakan untuk memerangkan
makanan dengan lebih baik dalam ketuhar
gelombang mikro atau mod memasak
kombinasi gril. Ia membantu mengekalkan
kerangupan doh pastri dan piza.
05 Pemasak kukus tulen, lihat halaman 22.
Pemasak kukus plastik apabila menggunakan
fungsi kukus sihat.
AWAS
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro tanpa gelang roda dan pinggan putar.
JANGAN kendalikan mod Grill (Gril), Convection (Perolakan) dan Combi (Kombi) dengan
pemasak kukus .
Mod operasi MW GRIL/PEROLAKAN KOMBI
(Pemasak kukus)
O X X
Pemasangan
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 9 2019-09-03  3:01:22
Pemasangan
10 Bahasa Melayu
Pemasangan
Tapak pemasangan
A
B
C
D
A. 20 sm di atas
B. 10 sm di belakang
C. 10 sm di tepi
D. 85 sm dari lantai
Pilih permukaan rata, mendatar sekitar 85 sm
atas lantai. Permukaan itu mestilah menyokong
berat ketuhar.
Biarkan ruang untuk pengudaraan, sekurang-
kurangnya 10 sm daripada dinding belakang
dan kedua-dua tepi, dan 20 sm daripada atas.
Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar
ini. Hanya gunakan kabel sambungan jika anda
perlu menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan pengadang
pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda buat pertama kali.
Piring putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
pinggan putar. Periksa bagi memastikan pinggan
putar berputar dengan bebas.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 10 2019-09-03  3:01:22
Bahasa Melayu 11
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua
bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah pinggan
putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
A
Untuk membersihkan kawasan atas ruang memasak,
rendahkan elemen pemanasan atas sebanyak 45°
(A) seperti yang ditunjukkan. Ini akan membantu
membersihkan kawasan atas. Apabila selesai,
letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod
kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina
di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
Penyelenggaraan
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 11 2019-09-03  3:01:22
12 Bahasa Melayu
Ciri-ciri ketuhar
Ketuhar
0301
04 090805
02
06 07
01 Elemen pemanas 02 Lubang pengalihan udara 03 Lubang saling kunci
keselamatan
04 Selak pintu 05 Pintu 06 Piring putar
07 Pengganding 08 Gelang roda 09 Panel kawalan
Panel kawalan
01
03
05
07
09
11
14
02
04
06
08
10
13
15
12
01 Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas)
02 Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak)
03 Healthy Steam (Kukus Sihat)
04 Healthy Cooking (Masakan Sihat)
05 Power Defrost (Cair Beku Kuasa)
06 Auto Reheat/Cook (Pemanasan Semula/
Masakan Auto)
07 Hot Blast (Bagas Panas)
08 Grill (Gril)
09 Microwave (Gelombang Mikro)
10 Combi (Kombi)
11 Hidup/Mati Pinggan Putar
12 Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
13 Kunci Kanak-Kanak
14 STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
15 START/+30s (MULA/+30s)
Ciri-ciri ketuhar
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 12 2019-09-03  3:01:23
Bahasa Melayu 13
Penggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk
atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
Mencair beku
Memanas semula
Memasak
Dasar memasak.
1. Gelombang mikro yang dijana magnetron
dipantulkan pada rongga ketuhar dan diagihkan
dengan seragam sementara makanan berputar
di atas pinggan putar. Dengan itu, makanan
dimasak sama rata.
2. Gelombang mikro diserap makanan sehingga
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 sm). Proses
memasak berterusan apabila haba dilesapkan
di dalam makanan.
3. Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
Kuantiti dan ketumpatan
Kandungan air
Suhu awal (disejukkan atau tidak)
AWAS
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak
masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang
ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
Suhu yang sama pada seluruh makanan.
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar
anda sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk
Penyelesaian masalah” di halaman 50.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah berada
di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum (100 % -
900 W) digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu. Letakkan segelas air di atas
pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan mod Microwave (Gelombang Mikro) dan
laraskan masa kepada 4 atau 5 minit dengan
menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Ketuhar akan memanaskan air selama 4 atau 5
minit. Air itu kemudiannya akan mula mendidih.
Penggunaan ketuhar
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 13 2019-09-03  3:01:23
Penggunaan ketuhar
14 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menetapkan masa
Apabila ada bekalan elektrik, “88:88” dan kemudian “12:00” dipaparkan secara automatik pada
paparan.
Sila tetapkan masa. Masa boleh dipaparkan dalam notasi 12 jam atau 24 jam. Anda mestilah
menetapkan jam:
Apabila anda mula-mula memasang ketuhar gelombang mikro anda
Selepas bekalan elektrik terputus
NOTA
Jangan lupa untuk menetap semula jam apabila anda beralih dari waktu musim panas kepada
waktu musim sejuk dan sebaliknya.
1
2
3
4
1. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jenis paparan masa. (12J atau 24J)
3. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
melengkapkan penyediaan.
4. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan jam.
5
6
7
5. Tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
6. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
menetapkan minit.
7. Apabila masa yang betul dipaparkan, tekan
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memulakan jam.
Masa dipaparkan apabila anda tidak
menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Memasak/Memanas Semula
Prosedur berikut menerangkan cara memasak atau memanaskan semula makanan.
AWAS
SENTIASA periksa tetapan memasak anda sebelum meninggalkan ketuhar tanpa dijaga. Buka
pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar. Jangan sekali-kali
hidupkan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
1
1. Tekan butang Microwave (Gelombang Mikro).
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(Mod gelombang mikro)
900 W (Kuasa output)
2
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
sehingga aras kuasa yang sesuai dipaparkan.
Pada masa itu, tekan Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi untuk menetapkan aras kuasa.
Jika aras kuasa tidak ditetapkan dalam
masa 5 saat, ia akan bertukar ke peringkat
penetapan masa memasak secara
automatik.
3
4
3. Tetapkan masa memasak dengan memutar
Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
Masa memasak dipaparkan.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Lampu ketuhar menyala dan pinggan putar
mula berputar. Proses memasak bermula.
Apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip
3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 14 2019-09-03  3:01:24
Bahasa Melayu 15
Penggunaan ketuhar
Aras kuasa dan variasi masa
Fungsi aras kuasa membolehkan anda menyesuaikan jumlah tenaga yang dilesapkan dan dengan
itu masa yang diperlukan untuk memasak atau memanaskan makanan anda, menurut jenis dan
kuantitinya. Anda boleh memilih antara enam aras kuasa.
Aras kuasa Peratusan Output
TINGGI 100 % 900 W
TINGGI SEDERHANA 67 % 600 W
SEDERHANA 50 % 450 W
RENDAH SEDERHANA 33 % 300 W
MENCAIR BEKU 20 % 180 W
RENDAH 11 % 100 W
Masa memasak yang diberikan dalam resipi dan di dalam buku panduan ini adalah sepadan
dengan aras kuasa tertentu yang ditunjukkan.
Jika anda memilih... Masa memasaknya mestilah...
Aras kuasa lebih tinggi Dikurangkan
Aras kuasa lebih rendah Ditambah
Melaraskan masa memasak
Anda boleh menambah masa memasak dengan menekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali
untuk setiap 30 saat yang hendak ditambahkan.
Periksa bagaimana perkembangan proses memasak pada bila-bila masa dengan hanya
membuka pintu ketuhar
Menambah masa memasak yang tinggal
2
1
Kaedah 1
Untuk menambah masa memasak makanan anda,
tekan butang START/+30s (MULA/+30s) sekali
untuk setiap 30 saat yang ingin anda tambahkan.
Contoh: Untuk menambah tiga minit, tekan
butang START/+30s (Mula/+30s) enam kali.
Kaedah 2
Hanya putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi
untuk melaraskan masa memasak.
Bagi menambah masa memasak, putar ke
kanan dan bagi mengurangkan masa memasak,
putar ke kiri.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 15 2019-09-03  3:01:24
Penggunaan ketuhar
16 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menghentikan proses memasak
Anda boleh memberhentikan proses memasak pada bila-bila masa supaya anda boleh:
Memeriksa makanan
Membalikkan makanan atau mengacaunya
Membiarkan ia
Untuk memberhentikan
proses memasak...
Kemudian...
Buat sementara waktu Buka pintu dan tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO)
sekali.
Proses memasak berhenti.
Untuk meneruskan proses memasak, tutup pintu ketuhar sekali
lagi dan tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Sepenuhnya Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali.
Proses memasak berhenti.
Jika anda mahu membatalkan tetapan memasak, tekan butang
STOP/ECO (BERHENTI/EKO) sekali lagi.
Menetapkan mod penjimatan tenaga
Ketuhar ini mempunyai mod penjimatan tenaga.
Tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/EKO).
Paparan dipadamkan.
Untuk menghentikan mod jimat tenaga, buka
pintu atau tekan butang STOP/ECO (BERHENTI/
EKO) dan kemudian paparan menunjukkan
waktu semasa. Ketuhar sedia untuk digunakan.
NOTA
Fungsi penjimatan tenaga auto
Jika anda tidak memilih mana-mana fungsi ketika alat berada di tengah-tengah tetapan
atau beroperasi dengan keadaan berhenti sementara waktu, fungsi dibatalkan dan jam akan
dipaparkan selepas 25 minit.
Lampu ketuhar akan dimatikan selepas 5 minit dengan keadaan pintu terbuka.
Menggunakan ciri auto bagas panas
10 ciri Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas) termasuk/menyediakan masa memasak yang
dipraprogram. Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan
saiz hidangan dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Hot Blast Auto (Auto Bagas
Panas).
2
3
4
2. Pilih jenis makanan yang anda ingin masak
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi. Rujuk jadual di halaman berikutnya
untuk keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram. Pada masa itu, tekan Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih jenis
makanan.
3. Pilih saiz hidangan dengan memutar Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi.
4. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Makanan dimasak menurut tetapan praprogram
yang dipilih. Apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip
3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 16 2019-09-03  3:01:24
Bahasa Melayu 17
Penggunaan ketuhar
Panduan auto bagas panas
Jadual berikut menunjukkan 10 program Hot Blast Auto (Auto Bagas Panas), kuantiti, masa biar
dan pengesyoran yang bersesuaian. Program itu beroperasi dengan kombinasi gelombang mikro,
gril dan pemanas perolakan.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H1 Piza Leper
Sejuk Beku
300-350 g Keluarkan bungkusan dan letakkan Piza di atas
rak rendah.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H2 Piza Buatan
Sendiri
500-550 g Bahan-bahan
Doh Piza (200-250 g)
150 g tepung roti putih kasar, 3 g yis kering,
0.5 sudu besar minyak zaitun, 100 ml air suam,
0.5 sudu besar gula dan garam.
Hias atas
150 g Sayur-sayuran yang dipotong, 50 g Puri
tomato, 80-100 g keju Mozzarella yang disagat.
Kaedah
Masukkan tepung, yis, minyak, garam dan air
suam ke dalam mangkuk dan adun hingga
menjadi doh yang lembap. Uli dalam pengadun
atau menggunakan tangan kira-kira 5-10 minit.
Tutup dengan penutup dan biarkan ia kembang
selama 30 minit.
Canai di atas pinggan Kerak. Selerakkan puri
tomato di atas doh dan tambah sayur-sayuran.
Taburkan keju sama rata di atas. Letakkannya
di atas rak tinggi. Selepas memasak, biarkan
selama 2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H3 Lasagna
Buatan Sendiri
500-600 g
1000-1100 g
Bahan-bahan (1000-1100 g)
2 sudu besar minyak zaitun, 300 g daging
lembu kisar, 200 g sos tomato, 100 ml stok
daging lembu, 150 g kepingan lasagna kering
(8 keping), 1 bawang (dicincang), 1 sudu kecil
parsli kering, emping, oregano, basil, 200 g keju
mozzarella yang disagat – Sekiranya 500-600
g, gunakan separuh kuantiti.
Kaedah
Sos: Panaskan minyak dalam kuali, kemudian
masak daging kisar dan bawang yang dicincang
selama 10 minit sehingga keperangan. Tuang
sos tomato dan stok daging, tambahkan herba
kering. Didihkan, kemudian reneh selama 30
minit. Masak mi lasagna mengikut arahan
pada bungkusan. Lapiskan mi, sos daging dan
keju, kemudian ulang. Kemudian taburkan keju
mozzarella yang tinggal sama rata di atas mi
dan letakkannya di atas rak rendah. Selepas
memasak, biarkan selama 2-3 minit.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 17 2019-09-03  3:01:24
Penggunaan ketuhar
18 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H4 Gratin Buatan
Sendiri
500-600 g
900-1000 g
Bahan-bahan (900-1000 g)
640 g kentang, 80 ml susu, 80 ml krim, 40 g
telur yang dipukul, 1 sudu teh garam, lada,
buah pala, 120 g keju mozzarella yang disagat,
mentega, taim – Sekiranya 500-600 g, Gunakan
separuh kuantiti.
Kaedah
Kupas kentang dan hiris menjadi 3 mm tebal.
Sapukan mentega pada seluruh permukaan
bekas gratin. Selerakkan hirisan di atas tuala
bersih dan pastikan ia ditutup dengan tuala
sementara anda menyediakan bahan-bahan
yang lain. Campurkan bahan-bahan yang lain
kecuali keju yang disagat ke dalam mangkuk
besar dan kacau hingga sebati. Lapiskan hirisan
kentang di dalam bekas bertindih sedikit dan
tuangkan campuran di atas kentang. Selerakkan
keju yang disagat di atas dan letakkannya di
atas rak rendah. Selepas memasak, hidangkan
dengan taburan beberapa daun taim segar.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
H5 Kentang
Goreng Sejuk
Beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan cip ketuhar sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas
rak tinggi. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
H6 Kepak Ayam
Buffalo Sejuk
Beku
400-450 g
500-550 g
Letakkan Kepak Ayam Buffalo Sejuk Beku
(pramasak dan berempah) di atas pinggan
kerak. Letakkan pinggan di atas rak tinggi.
Selepas memasak, biarkan selama 2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H7 Kepingan
Ayam
Panggang
500-600 g
900-1000 g
Timbang kepingan ayam dan sapu dengan
minyak dan rempah. Susun sama rata di
atas rak tinggi. Apabila kedengaran bunyi
bip, terbalikkan ayam dan tekan mula untuk
meneruskan. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
H8 Ayam
Panggang
1100-1200 g
1200-1300 g
Sapukan ayam dengan minyak dan rempah
sepenuhnya. Letakkan Bahagian Dada
menghadap ke bawah dahulu di atas pinggan
kerak. Letakkannya di atas rak rendah. Apabila
kedengaran bunyi bip, terbalikkan ayam
menggunakan penyepit dan tekan mula untuk
meneruskan. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 18 2019-09-03  3:01:24
Bahasa Melayu 19
Penggunaan ketuhar
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H9 Pai Stik
Daging Lembu
500-600 g Bahan-bahan
200 g daging yang dipotong dadu,1 sudu
besar minyak zaitun, ½ bawang (dihiris), 80 g
cendawan (dihiris), 1 teh besar parsli dan taim,
dipotong, 1 sudu besar sos Worcestershire,
garam dan lada 2 sudu besar tepung, 100 ml
stok daging lembu panas, 120 g doh pastri
sedia guna, 1 kuning telur, dipukul.
Kaedah
Taburkan tepung, garam dan lada di atas
daging lembu. Goreng menggunakan minyak di
atas kuali leper, kacau dengan kerap sehingga
keperangan. Tambah bawang, cendawan, parsli,
taim, sos Worcestershire serta stok daging
lembu dan panggang. Selepas memanggang,
kurangkan untuk mereneh selama sejam.
Tuangkan campuran inti di atas bekas ketuhar
dan tutup dengan kepingan pastri pai dan
tekan bahagian tepi bersama-sama untuk
mengedapnya. Hiaskan dengan hiasan pastri
menggunakan pisau dan garpu. Potong
merentas bahagian atas dan sapukan dengan
kuning telur yang dipukul. Letakkannya di atas
rak rendah. Selepas memasak, biarkan selama
2-3 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
H10 Quiche Mini
Buatan Sendiri
400-500 g Bahan-bahan
Pastri
200 g tepung biasa, 80 g mentega, 1 telur, 30
g bakon, dipotong dadu, 60 g Krim, 60 g Krim
fraiche, 2 telur, 40 g keju yang disagat, garam
dan lada.
Kaedah
Untuk membuat pastri, masukkan tepung,
mentega dan telur ke dalam mangkuk dan
adun hingga menjadi pastri yang lembut dan
kemudian biarkan ia dalam peti sejuk selama
30 minit. Canai pastri dan letakkan di dalam
loyang logam bermentega (seperti acuan
mufn untuk 6 quiche mini). Campurkan krim,
bakon dipotong dadu, krim fraiche, telur, keju,
garam, lada dan tuangkan campuran ke dalam
acuan. Letakkannya di atas rak rendah. Selepas
memasak, biarkan selama 5 minit.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 19 2019-09-03  3:01:24
Penggunaan ketuhar
20 Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Menggunakan ciri goreng tanpa minyak
11 ciri Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak) termasuk/menyediakan masa memasak yang
dipraprogram. Anda tidak perlu melaras masa memasak atau aras kuasa. Anda boleh melaraskan
kategori Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak) dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi.
AWAS
Hanya gunakan bekas yang selamat digunakan dengan gelombang mikro.
Buka pintu. Letakkan makanan di tengah-tengah pinggan putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak).
2
3
4
2. Putar Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memilih kategori memasak. Pada masa itu,
tekan Tombol Pemilih Berbilang Fungsi untuk
memilih kategori memasak.
1) Kentang/Sayur-sayuran
2) Makanan laut
3) Ayam
3. Pilih jenis makanan yang anda ingin masak
dengan memutar Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi. Rujuk jadual di laman berikutnya
untuk keterangan pelbagai tetapan yang
dipraprogram. Pada masa itu, tekan Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi untuk memilih jenis
makanan.
4. Pilih saiz hidangan dengan memutar Tombol
Pemilih Berbilang Fungsi.
5
5. Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Makanan dimasak menurut tetapan praprogram
yang dipilih. Apabila ia selesai.
1) Ketuhar berbunyi bip 4 kali.
2) Isyarat peringatan tamat akan berbunyi bip
3 kali (sekali setiap minit).
3) Masa semasa dipaparkan sekali lagi.
Panduan goreng tanpa minyak
Jadual berikut menyenaraikan 11 program auto Slim Fry (Goreng Tanpa Minyak) untuk
menggoreng. Ia mengandungi kuantiti dan arahan yang bersesuaian. Anda akan gunakan sedikit
minyak berbanding dengan menggoreng dengan penggoreng minyak, dan mendapat makanan
yang sedap. Program berjalan dengan kombinasi perolakan, pemanas atas dan tenaga gelombang
mikro.
1. Kentang/Sayur-sayuran
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
1-1 Kroket
Kentang sejuk
beku
200-250 g
300-350 g
Sebarkan kroket kentang sejuk beku sama rata di
atas pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak
rendah. Biarkan selama 1-2 minit.
1-2 Kentang
Goreng Buatan
Sendiri
300-350 g
450-500 g
Gunakan kentang jenis keras hingga sederhana
dan bersihkan. Kupas kentang dan potong
panjang nipis seperti jejari dengan ketebalan
10x10 mm. Rendam di dalam air sejuk (selama
30 minit). Keringkan dengan tuala, timbang dan
sapukan dengan 5 g minyak zaitun. Sebarkan
kentang goreng sejuk beku sama rata di atas
pinggan kerak. Letakkan pinggan di atas rak
tinggi. Biarkan selama 1-2 minit.
MC28M6055KK_SM_DE68-04444X-02_MS.indd 20 2019-09-03  3:01:25
  • Page 1 1
  • Page 2 2
  • Page 3 3
  • Page 4 4
  • Page 5 5
  • Page 6 6
  • Page 7 7
  • Page 8 8
  • Page 9 9
  • Page 10 10
  • Page 11 11
  • Page 12 12
  • Page 13 13
  • Page 14 14
  • Page 15 15
  • Page 16 16
  • Page 17 17
  • Page 18 18
  • Page 19 19
  • Page 20 20
  • Page 21 21
  • Page 22 22
  • Page 23 23
  • Page 24 24
  • Page 25 25
  • Page 26 26
  • Page 27 27
  • Page 28 28
  • Page 29 29
  • Page 30 30
  • Page 31 31
  • Page 32 32
  • Page 33 33
  • Page 34 34
  • Page 35 35
  • Page 36 36
  • Page 37 37
  • Page 38 38
  • Page 39 39
  • Page 40 40
  • Page 41 41
  • Page 42 42
  • Page 43 43
  • Page 44 44
  • Page 45 45
  • Page 46 46
  • Page 47 47
  • Page 48 48
  • Page 49 49
  • Page 50 50
  • Page 51 51
  • Page 52 52
  • Page 53 53
  • Page 54 54
  • Page 55 55
  • Page 56 56
  • Page 57 57
  • Page 58 58
  • Page 59 59
  • Page 60 60
  • Page 61 61
  • Page 62 62
  • Page 63 63
  • Page 64 64
  • Page 65 65
  • Page 66 66
  • Page 67 67
  • Page 68 68
  • Page 69 69
  • Page 70 70
  • Page 71 71
  • Page 72 72
  • Page 73 73
  • Page 74 74
  • Page 75 75
  • Page 76 76
  • Page 77 77
  • Page 78 78
  • Page 79 79
  • Page 80 80
  • Page 81 81
  • Page 82 82
  • Page 83 83
  • Page 84 84
  • Page 85 85
  • Page 86 86
  • Page 87 87
  • Page 88 88
  • Page 89 89
  • Page 90 90
  • Page 91 91
  • Page 92 92
  • Page 93 93
  • Page 94 94
  • Page 95 95
  • Page 96 96
  • Page 97 97
  • Page 98 98
  • Page 99 99
  • Page 100 100
  • Page 101 101
  • Page 102 102
  • Page 103 103
  • Page 104 104
  • Page 105 105
  • Page 106 106
  • Page 107 107
  • Page 108 108
  • Page 109 109
  • Page 110 110
  • Page 111 111
  • Page 112 112
  • Page 113 113
  • Page 114 114
  • Page 115 115
  • Page 116 116
  • Page 117 117
  • Page 118 118
  • Page 119 119
  • Page 120 120
  • Page 121 121
  • Page 122 122
  • Page 123 123
  • Page 124 124
  • Page 125 125
  • Page 126 126
  • Page 127 127
  • Page 128 128
  • Page 129 129
  • Page 130 130
  • Page 131 131
  • Page 132 132
  • Page 133 133
  • Page 134 134
  • Page 135 135
  • Page 136 136
  • Page 137 137
  • Page 138 138
  • Page 139 139
  • Page 140 140
  • Page 141 141
  • Page 142 142
  • Page 143 143
  • Page 144 144
  • Page 145 145
  • Page 146 146
  • Page 147 147
  • Page 148 148
  • Page 149 149
  • Page 150 150
  • Page 151 151
  • Page 152 152
  • Page 153 153
  • Page 154 154
  • Page 155 155
  • Page 156 156
  • Page 157 157
  • Page 158 158
  • Page 159 159
  • Page 160 160
  • Page 161 161
  • Page 162 162
  • Page 163 163
  • Page 164 164
  • Page 165 165
  • Page 166 166
  • Page 167 167
  • Page 168 168

Samsung MC28M6055KK User manual

Category
Microwaves
Type
User manual

Ask a question and I''ll find the answer in the document

Finding information in a document is now easier with AI