7
Ciri dan Fungsi Utama Projektor
z Sumber Cahaya Hibrid Bebas Merkuri
Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED menyampaikan luminans tinggi 3,100 lumen.
Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam.
z Pelbagai pilihan sumber input
Menyokong sumber input RGB analog, video komposit, S-video, video komponen (Y·Cb·Cr,
Y·Pb·Pr) dan HDMI.
z Sokongan tayangan imej 3D
Tayangan isyarat imej 3D (protokol berjujukan medan 60Hz/120Hz) melalui satu daripada tiga
sumber input (RGB analog, video komposit, S-video) disokong.
z Resolusi WXGA
Menyokong resolusi tayangan skrin lebar WXGA (1280
×
800). Resolusi ini sesuai digunakan untuk
menayang komputer riba skrin lebar dan imej TV HD.
z Fungsi Kawalan Kecerahan Pintar (Mod Eko)
Projektor mengesan tahap cahaya persekitaran dan melaraskan kecerahan tayangan secara
automatik sebagaimana yang diperlukan untuk operasi kuasa rendah yang cekap. (Memerlukan
seting “Mod Eko ” ditetapkan kepada “Hidup (Auto)”.)
z Tayangan imej, filem dan jenis fail lain (Pemapar Fail)
Pemapar Fail projektor boleh digunakan untuk membuka dan menayang jenis fail berikut yang
terletak dalam memori dalaman projektor atau pada pemacu kilat USB yang disambungkan pada
projektor: fail imej (JPG, PNG, GIF, BMP), fail filem (AVI, MOV, MP4), fail persembahan (ECA, PtG),
fail PDF.
z Tayangan kandungan skrin komputer melalui sambungan USB (Paparan USB)
Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB membolehkan tayangan kandungan skrin
komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya
mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain.
z Sambungan Kalkulator Fungsi Saintifik Grafik
Sesetengah model kalkulator saintifik grafik CASIO boleh disambungkan terus ke port USB-A
projektor untuk menayang kandungan skrin kalkulator tersebut.
z Hidup Kuasa Terus
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk dihidupkan secara automatik dan mula menayang sebaik
sahaja ia dipasang ke salur keluar kuasa.
z Pemasa Persembahan
Pemasa persembahan adalah pemasa kira detik yang menunjukkan jumlah baki masa
persembahan pada skrin tayangan.
z Kemas kini perisian tegar dan pemindahan data imej logo pengguna
Kemas kini perisian tegar (perisian dalam ROM kilat projektor) dan imej logo pengguna boleh
dipindahkan ke projektor dari komputer jika diperlukan.
• Cermin mata 3D (YA-G30) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk melihat imej 3D
yang ditayangkan dalam bentuk 3D. Selain itu, perisian khusus (CASIO 3D Converter) yang
tersedia secara berasingan diperlukan untuk menayangkan imej 3D dengan projektor apabila
komputer (RGB analog) menjadi sumber input.
• Tayangan imej 3D tidak disokong melalui sambungan HDMI atau sambungan video komponen.