◗ Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau
apa-apa cecair lain, mahupun membilaskannya di bawah air paip.
Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor.
◗ Cabutkan plag sebaik sahaja selesai penggunaan.
◗ Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
◗ Jangan biarkan perkakas digunakan tanpa pengawasan.
◗ Jangan melebihi kuantiti maksimum dan bilangan pemprosesan
yang dinyatakan dalam jadual.
◗ Biarkan bahan-bahan panas menjadi sejuk sebelum
mencincangkannya atau menuangkannya ke dalam balang pengisar
(suhu maks. 80cC/175cF).
◗ Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam
balang semasa perkakas sedang berjalan.
◗ Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan
bahan-bahan yang terlekat pada pisau.
◗ Elakkan daripada menyentuh bahagian tepi pemotong unit mata
pisau apabila membersihkannya. Bahagian ini sangat tajam dan
mudah melukakan jari anda.
◗ Pastikan plag sentiasa dicabut sebelum memulakan pembersihan
unit motor.
◗ Jangan guna sebarang aksesori atau alat ganti dari pembuat lain
yang tidak dinasihati khas oleh Philips. Jaminan anda akan menjadi
tidak sah jika aksesori atau alat ganti sedemikian telahpun
digunakan.
◗ Jangan sekali-kali gunakan aksesori untuk menghidupkan atau
mematikan perkakas!
◗ Pasangkan alat dengan betul sebelum memasukkan plag ke dalam
soket dinding.
◗ Bagi mengelakkan situasi berbahaya, perkakas ini tidak boleh
sekali-kali disambungkan dengan suis pemasa.
◗ Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Ciri keselamatan
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan anda hanya boleh menghidupkan perkakas apabila
aksesori diletakkan di atas unit motor dalam kedudukan yang betul.
BAHASA MELAYU18